Wednesday, May 6, 2020

6 KRITERIA ASAS YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEMASA MEMILIH BROKER FOREX DAN No.3 ITU JIKA TIADA PADA BROKER ABAIKAN SAHAJA MEREKA.

Pasaran Forex Runcit/Retail sangat kompetitif dan jika disaring atau ditapis kesemua broker boleh membuatkan anda buntu, keliru atau sakit kepala.
Memilih Broker Forex untuk Berdagang/Trade boleh menjadi tugas yang sangat besar kepada setiap trader terutama jika anda tidak tahu apa yang perlu anda cari.

Di bahagian ini, kita akan membincangkan kualiti yang harus anda perhalusi semasa memilih Broker Forex.

1.Keselamatan:
Senarai semak Broker Forex terlebih dahulu dan perkara yang paling asas mesti dimiliki oleh Broker yang baik adalah tahap keselamatan yang tinggi. Pastinya anda tidak akan menyerahkan ribuan dolar kepada seseorang yang hanya mendakwa dia sah, bukan?.

Beruntung, pada ketika ini untuk membuat sedikit kajian atas kredibiliti Broker Forex tidaklah sesukar dahulu. Terdapat Agensi Pengawalseliaan diseluruh dunia yang menapis antara yang boleh dipercayai dari sendiket penipuan.

Berikut adalah senarai negara dengan agensi-agensi yang berkaitan dalam Pengawalseliaan tersebut:
  • United States: National Futures Association (NFA) and Commodity Futures Trading Commission (CFTC).
  • United Kingdom: Financial Conduct Authority (FCA) and Prudential Regulation Authority (PRA).
  • Australia: Australian Securities and Investment Commission (ASIC).
  • Switzerland: Swiss Federal Banking Commission (SFBC).
  • Germany: Bundesanstalt für Finanzdienstleistungsaufsicht (BaFIN).
  • France: Autorité des Marchés Financiers (AMF).
  • Canada:  Investment Information Regulatory Organization of Canada (IIROC).

Sebelum MEMIKIR untuk anda mendepositkan wang kedalam sesuatu broker, pastikan bahawa broker tersebut adalah anggota dibawah kawalselia agensi yang disebutkan di atas.

2.Kos Transaksi:
Tidak kira jenis mata wang apapun yang anda trade, suka atau tidak, anda akan sentiasa dikenakan kos transaksi.

Setiap kali memasuki posisi trade, secara semulajadinya anda perlu membayar spread atau komisen yang agak wajar bagi mendapatkan harga yang paling berpatutan dan paling murah. Kadang kala anda mungkin perlu mengorbankan transaksi yang rendah untuk broker yang lebih dipercayai.

Pastikan anda tahu sama ada anda memerlukan spread yang tepat untuk jenis trade anda, dan kemudian tinjau pilihan yang anda ada. Ini semua tentang mencari balance/keseimbangan yang betul antara keselamatan dan kos transaksi yang rendah.

3.Deposit Dan Pengeluaran:
Broker FX yang baik/telus akan membenarkan anda mendeposit dana dan mengeluarkan pendapatan anda tanpa masalah.

Broker sebenarnya tidak mempunyai alasan untuk menyukarkan pengeluaran wang anda kerana satu-satunya alasan mereka menyimpan dana anda adalah untuk memudahkan perdagangan.

Broker anda hanya menyimpan wang anda untuk membuat perdagangan lebih mudah jadi tidak ada alasan untuk anda sukar mendapatkan keuntungan yang telah anda perolehi. Broker anda harus memastikan bahawa proses pengeluaran cepat dan lancar.

4.Trading Platform:
Namun trade forex didalam talian, kebanyakan aktiviti trade berlaku melalui platform yang disediakan oleh broker. Ini bermaksud bahawa platform trade ini mestilah mesra pengguna dan stabil.

Semasa mencari broker, selalu periksa apa yang ditawarkan oleh platform untuk anda trade.

Adakah ia menawarkan "news feed" secara percuma? Bagaimana dengan "easy-to-use tools" dan charting tools"?. Adakah ini memberi anda semua maklumat yang tepat/betul bila anda perlukannya untuk trade?.

5.Pelaksanaan/Execution:
Adalah wajib bahawa broker anda menawarkan anda dengan harga terbaik/munasabah untuk order anda.

Dalam keadaan pasaran yang normal (contohnya normal liquidity/kecairan normal, tiada sebarang "news" penting atau peristiwa mengejutkan), sebenarnya tidak ada sebab bagi broker anda untuk tidak memenuhi hasrat anda, atau sangat rapat, harga pasaran yang anda lihat ketika anda mengklik butang "Buy" atau Butang "Sell".

Sebagai contoh, andaikan anda mempunyai sambungan internet yang stabil, jika anda mengklik "Buy" EUR/USD pada harga 1.3000, anda harus ditawarkan juga dengan harga diantara tersebut atau didalam lingkungan "mikro-pip" juga. Kelajuan order yang anda perolehi dari broker sangat penting, terutamanya jika anda seorang "Scalper".

Perbezaan harga beberapa pip boleh menjadikan anda lebih sukar untuk memenangi trade tersebut.

6.Khidmatan Pelanggan:
Perkhidmatan Pelanggan Broker Forex tidaklah sempurna mana, oleh itu anda mesti memilih broker yang boleh anda hubungi dengan mudah apabila timbul masalah.

Kompetensi dan sokongan broker ketika menangani masalah akaun atau teknikal sama pentingnya dengan prestasi mereka dalam melaksanakan trade.

Broker mungkin baik dan bermanfaat semasa proses pembukaan akaun, tetapi jika tersalah pilih ianya menjadi mimpi ngeri kepada anda. Disarankan anda perlu berhati-hati dan belapang dada ketika membuat pilihan.

Note:
Kelas Forex Percuma Disediakan Kepada Yang Berminat Untuk Belajar Setiap Minggu.

Untuk Maklumat Lanjut Tentang Kelas Percuma Forex, Contact Us

Youtube: EAST Academy
Official Website: www.EastAcademy.co

Kredit: https://www.babypips.com/

"Welcome to EAST Academy"